Anak Bush akui White House berhantu??
WHITE House di Washington merupakan pejabat dan kediaman Presiden Amerika Syarikat.
Dia memberitahu program perbualan yang dikendalikan oleh Jay Leno bahawa suasana menakutkan itu berlaku dekat pendiangan di dalam bilik tidurnya di White House.
Bangunan White House menempatkan kediaman dan pejabat Presiden AS.
Jenna yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang guru dan kini menjadi koresponden pendidikan untuk program televisyen Today Show berkata: "Saya mendengar suara hantu. Semasa saya sedang tidur, tiba-tiba saya mendengar muzik tahun 1920-an."
"Saya dapat mendengarnya. Saya berlari memasuki bilik kakak saya. Dia (kakaknya) seperti tidak percaya (apa yang didengarinya).
"Pada minggu berikutnya, kami tidur bersama di dalam bilik saya. Telefon kemudian berdering menyebabkan kami terjaga."
Menurutnya, mereka kemudian tidur semula tetapi bunyi muzik kedengaran dari tempat pendiangan.
"Kami melompat ke atas katil dan kemudian bertanya kepada kakitangan di tempat pendiangan.
"Kami cuba untuk menjadikannya rasional tetapi mereka (kakitangan White House) menyatakan bunyi itu kedengaran pada setiap masa," kata Jenna dalam program itu baru-baru ini.
JENNA (kiri) yang ditemu bual oleh Leno dalam satu program perbualan memberitahu dia mendengar suara hantu di White House.
Jenna dan keluarganya tinggal di White House dari 2001 hingga 2009.
Namun, dia mengaku tidak pernah melihat hantu bekas Presiden AS, Abraham Lincoln yang dikatakan kerap berkeliaran di White House.
Hantu Lincoln dilaporkan berjalan di tangga tingkat dua, mengetuk pintu dan berdiri dekat beberapa buah tingkap.
Bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill turut enggan tidur di bilik Lincoln selepas dia melihat hantu bekas presiden AS itu di bilik tersebut.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah menyatakan mengenai suasana menakutkan di White House semasa tinggal di kediaman tersebut semasa suaminya Bill Clinton menjadi presiden.
Hillary memberitahu program Rosie O'Donnell Show: "Anda tahu, mungkin terdapat hantu di sana (White House). Ia merupakan sebuah rumah besar yang lama dan apabila lampu tidak dipasang dan gelap, sebarang pergerakan akan mendapat perhatian anda."
Harry Truman yang pernah tinggal di White House semasa menjadi presiden pernah menulis mengenai hantu di kediaman tersebut.
"Pada pukul 4 pagi, saya terjaga kerana terdapat ketukan di pintu bilik tidur. Tidak ada sesiapa di situ (pintu).
"Celaka! Tempat ini berhantu," kata Truman.
Sumber

0 comments:
Post a Comment