Eh! Lisa Surihani Bertukar Wajah?


Sebelum ini para peminat sering melihat pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani tampil comel dan ayu dengan berambut panjang. Namun begitu, untuk edisi Oktober 2013, majalah Eh! telah menampilkan sedikit kelainan, di mana pada kali ini aktres tersebut akan tampil dengan gaya rambut pendek dan penampilan itu membuatkan wajahnya kelihatan sedikit matang dan berusia.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, ramai peminat melahirkan rasa hairan apabila melihat wajah Lisa kelihatan jauh berbeza daripada wajah asalnya sehingga ada yang menyamakan wajah tersebut seakan-akan pelakon terkenal, Sarimah Ibrahim dan Juliana Evans.

Sumber

0 comments:

Post a Comment