FILEM VIKINGDOM KRU DIKRITIK HEBAT!!!
Pembikin filem tempatan, KRU Studio mendapat maklum balas negatif setelah membelanjakan jutaan ringgit ke atas Vikingdom untuk mendapat perhatian antarabangsa dan memasuki Hollywood.
Malah, pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian menyifatkan kandungan cerita itu menghina dan menyongsang cerita asal mitos berkenaan.
Lebih buruk lagi, Karl EH Seigfried, pengajar Universiti Loyola di Chicago menyamakan karya Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim itu dengan Innocence of Muslims yang dikritik seluruh dunia kerana menghina Islam.
“Video itu (Innocence of Muslimm) memutar mesej yang dibawa Nabi Muhammad dan menghina masyarakat Islam seluruh dunia.
“Begitu juga filem tersebut (Vikingdom) telah menukar dan menyongsang peranan Thor,” katanya menerusi surat terbuka kepada KRU studio di Facebook.
“Saya berharap anda tidak menghina dan mengembalikan memori ramai pengikut yang telah diseksa dan dibunuh kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan lama.”
Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.
KRU Studio sebaliknya didakwa memaparkan dewa Viking itu sebagai penakluk.
“Saya faham bahawa ia semata-mata fantasi dan aksi pengembaraan, disasarkan untuk pasaran yang besar.
Bagaimanapun, budaya pop boleh memberikan kenyataan yang serius juga. Apa kenyataan yang mahu kamu buat dengan filem ini? soalnya.
Filem Vikingdom dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Dominic Purcell dan mula ditayangkan mulai 12 September lalu.
0 comments:
Post a Comment