Gambit Nafi Buat Kecoh Dan Kurang Ajar

Gambit Nafi Buat Kecoh Dan Kurang Ajar

Gambit Nafi Buat Kecoh Dan Kurang Ajar | Menerusi satu maklumat, dilaporkan pelakon Gambit telah membuat kecoh di pejabat pengurusan kondominium yang didiaminya. Menurut maklumat itu, Gambit dikatakan bersikap kurang ajar meredah masuk ke pejabat berkenaan untuk meminta kad akses masuk ke semua blok perumahan itu.

Apabila permintaannya ditolak pihak bertugas, dia mengamuk. Kejadian itu disaksikan beberapa penghuni yang turut berada didalam pejabat itu.

Menurut info, lagak Gambit seperti samseng apabila duduk atas meja walaupun disediakan kerusi. Bahkan untuk tunjuk rasa protes, dia dikatakan tolak pintu dengan kaki ketika keluar dari pejabat itu. Semua yang ada dalam pejabat terkejut dengan perlakuan kurang ajar pelakon yang aktif menerbitkan program televisyen ini.

Nak kata mabuk, badannya tak ada pula bau alkohol. Apapun kemungkinannya, lagaknya memang mengundang tanggapan bukan-bukan. Pihak wartawan segera menghubungi Gambit untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Betul ke Gambit yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, bersikap sedemikian atau insiden itu sekadar gosip tidak berasas yang disampaikan dari mulut ke mulut?

Gambit yang berada di Bandung, Indonesia ketika dihubungi kelmarin, mengesahkan perkara itu. Katanya, memang betul dia ke pejabat pengurusan kondominium itu, tetapi bukan seperti apa yang dikhabari. Malah, menurut beliau, tidak ada insiden dia duduk di atas meja atau buka pintu dengan kaki.

Katanya, semua itu karut dan dia tidak tahu apa motif mereka yang menyebarkan cerita hingga fakta sebenar diputar-belit menampakkan dia yang bersalah. Jelas Gambit, dia ke pejabat itu kerana kad aksesnya rosak dan sememangnya kad itu boleh akses ke semua blok kediaman itu.


Jelasnya, suasana ketika itu memang panas kerana kakitangan bertugas berkasar dengannya. Rasa tidak wajar diperlakukan begitu, dia pun mendesak dan mungkin kerana itu orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar, nampak seolah- olah dia kurang ajar.

Dia hairan bagaimana boleh timbul ‘nasi tambah’ kononnya dia duduk atas meja dan tolak pintu dengan kaki, sedangkan dua perkara itu tidak berlaku. Ketika kejadian, pengurusnya pun ada sama. Begitulah penjelasan Gambit dan diharap tidak ada pihak cuba memanaskan lagi keadaan. Yang mana satu betul, hanya tuan punya diri dan mereka yang berada dalam pejabat pengurusan itu tahu.



Sumber

0 comments:

Post a Comment