Status Lepas menunjukkan Peribadi Isteri Mat Yo, Mengamuk Di FB, Guna Gelaran Anjing
Nampaknya, video ‘panas’ yang memaparkan dirinya menghamburkan kata-kata kurang enak pada seorang pengawal keselamatan dan menjadi viral di laman sosial disedari oleh isteri Mat Yo.
Namun sebagaimana responnya terhadap pengawal keselamatan tersebut yang dilihat agak beremosi ketika kejadian berlaku, begitulah juga dapat dirumuskan daripada status yang dimuat naik oleh wanita ini di laman Facebook miliknya.
Sebagai mengulas isu ini, isteri Mat Yo telah menulis:
Masyallah, pagi2 je dengar anjing menyalak di FB.. Anjing ni berjanggut sedikit sedikit di dagu.. Wahai anjing kami xperlu nk menyahut salakan anda.. Bahawasanya Allah itu Maha Adil dan doa org teraniaya Insyallah sentiasa dimakbulkan.. Kami punya cukup bukti membawa anda ke muka pengadilan, jangan anggap kami sama anjing macam anda.. Peguam kami akan membuat siasatan, sila mudahkan kerja kami lagi dengan memberi statement palsu anda. Bukti kukuh di tangan kami. Kami tak kan membuka keaiban anda sehingga pintu keaiban anda terbuka sendiri.. We will meet u soon anjing..
Aduh. Sebenarnya jika dilihat pada video yang tersebar sebelum ini pun, kebanyakan pihak tidak mempertikaikan sama isteri Mat Yo atau pengawal keselamatan berkenaan yang salah. Tetapi yang membuatkan orang tercengang, adalah bahasa yang digunakan.
Rasanya, isu serupa berulang dalam kenyataan dibuat oleh isteri Mat Yo di Facebook ini juga. Tidak kiralah siapa yang salah hingga tercetusnya perbalahan tempoh hari, tapi sebagai orang Melayu biarlah adab dan budi bahasa dijunjung.
Kalau dah orang lain diberi gelaran anjing, macam mana mahu cerita tentang siapa buka aib siapa
Sumber
0 comments:
Post a Comment