Restoran Pelita Halal, Dikendalikan Orang Islam

Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan rangkaian restoran mamak popular, Pelita Nasi Kandar adalah dimiliki oleh seorang beragama Hindu.
Ini berikutan perkongsian gambar salah seorang pemegang saham restoran mamak terkenal itu, Datuk D. Ramesh yang hadir pada majlis pecah tanah pembinaan sebuah kuil di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, salah seorang rakan kongsi dan juga pemegang saham Pelita Nasi Kandar, Ustaz Shamsuri berkata, “kini terdapat tujuh orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India.
“Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini. Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang bukan Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya,” katanya.
Ustaz Shamsuri juga melahirkan rasa kesalnya di atas fitnah yang mengatakan tauke restoran itu adalah seorang Hindu, ayam yang dihidangkan tidak disembelih serta pelbagai isu lain lagi yang dilihat dapat memburukkan imej serta reputasi restoran yang mula beroperasi sejak 1994 itu.
Dia turut menambah, seramai 800 pekerja India Muslim yang bekerja di situ dengan lima daripada mereka menghafaz Al-Quran dengan baik.
Jadi, ternyata Pelita Nasi Kandar dikendalikan oleh orang Islam dan seeloknya kita tidak mendengar fitnah daripada mana-mana pihak berhubung isu ini ya.
Diharapkan penjelasan Ustaz Shamsuri dapat menjawab persoalan semua pihak di luar sana.

Sumber

0 comments:

Post a Comment