Saya Ada SMS Adi Putra , Nora Danish

nora-adi

Umum tahu bahawa Nora Danish pernah dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan rumahtangga Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof tahun lepas.
Bagaimanapun, kontroversi yang melanda Adi tahun ini sama sekali tidak berkait dengan Nora namun aktres itu mengakui ada mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Adi dan isterinya supaya terus tabah.
Bila saya dapat tahu pasal ini, saya terkejut. Saya ada SMS Abang Adi dan Kak Aida. Saya minta mereka supaya tabah dan kuat hadapi semua ini.
Dalam masa yang sama, Nora meluahkan rasa tidak percaya terhadap kontroversi berkenaan dan turut sama menantikan keputusan siasatan yang dijalankan polis.
adi-putra-isteri
Adi Putra dan isterinya
Biarlah pihak polis meneruskan siasatan mereka. Bagi saya, saya tidak percaya. Saya pun dah pernah melalui situasi di mana orang fitnah saya. Saya faham perasaan Abang Adi dan Kak Aida lalui sekarang.
Boleh dikatakan isu skandal Adi Putra adalah kontroversi yang paling hangat dan paling mendebarkan sepanjang beberapa bulan ini.
OHBULAN! juga percaya ramai yang dah tak sabar menunggu keputusan polis keluar untuk mengetahui kisah sebenar, kan? Harapnya perkara ini tidak berlanjutan dan dapat diselesaikan sebaiknya. 
Sumber

0 comments:

Post a Comment