Anak Tikam Bapa 12 Kali Sampai Mati – ” Ada Suara Suruh Bunuh Bapa “


Kuala Lumpur – “Bila saya tanya kenapa bunuh ayah, dia ketawa dan berkata itu urusan dia dengan Tuhan, selain berkata ada suara ghaib menyuruh dia melakukannya,” kata Mohd Yusof Mohd Salleh, 26, mengenai tindakan jirannya membunuh ayah sendiri, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira enam jam selepas ditikam anaknya sendiri.
Mangsa dilaporkan cedera parah akibat 12 tikaman pisau pemotong daging di badan dan ada sebahagiannya tepat mengenai jantung.
Suspek yang juga anak mangsa dikatakan mengalami gangguan mental dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Cheras Asistan Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menikam badan mangsa sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.
Mohan Singh berkata mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi.
“Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata polis merampas sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.
Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.


Sumber

0 comments:

Post a Comment