Lori Besar Tenggelam Redah Banjir (VIDEO)


BETAPA besarnya sesuatu kenderaan itu, ia tetap mengundang bahaya jika bergerak ketika banjir besar sedang melanda.
Di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, terdapat sebuah video sebuah lori besar tenggelam dalam sekelip mata ketika cuba meredah banjir.
Kejadian dikatakan berlaku ketika tragedi banjir di Gujarat, India pada 25 September lepas.
Video berkenaan dimuatnaik ke laman YouTube keesokan harinya.
Pada mulanya pemandu lori itu yakin kenderaannya akan melepasi halangan banjir berkenaan tetapi meleset selepas tayar sebelah kirinya mungkin tergelincir dari jalan lantas terbalik sebelum tenggelam.
Nasib pemandu lori itu tidak diketahui.
Jika anda memandu apa sahaja jenis kenderaan, ketahuilah bahaya yang mungkin menimpa anda jika meredah banjir kerana pada ketika itu, kita tidak dapat menjangkakan apa yang telah berlaku di bawah permukaan air.

Saksikan VIDEO di bwah ini




Sumber

0 comments:

Post a Comment