Tak Boleh Keluar Akibat Berebut Parkir (VIDEO)


Video di bawah ini menunjukkan tindakan berebut parking yang akhirnya tidak menguntungkan salah seorang daripada mereka.
Kereta berwarna merah itu terlebih dahulu mahu memarkir kenderaannya namun tidak semena-mena muncul kenderaan putih yang terlebih dahulu masuk ke tempat parkir tersebut.
Mungkin berasa geram dengan tindakan pemandu kereta putih itu, wanita tersebut terus juga memarkir kenderaannya di sebelahnya kereta tersebut.
Pada mulanya kita pasti akan terfikir bagaimana kedua-dua pemandu itu nak keluar kan.
Namun, pemandu kereta merah itu ternyata bijak apabila bumbung kenderaannya jenis yang boleh dibuka dan dilipat, jadi senanglah untuk dia melangkah keluar daripada kereta.
Nasib pemandu kereta putih itu tidaklah pula diketahui.
Itulah padahnya apabila suka sangat mencuri parkir orang.
Rasakan..
SAKSIKAN video Di bawah ini


Sumber

0 comments:

Post a Comment