VIDEO: Cemburu Punya Pasal Pak Arab BELASAH Pekerjanya (VIDEO)


Sebuah video yang dimuatnaik di internet  mendapat banyak kritikan umum termasuk daripada Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi.
Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dibelasah oleh majikan hanya kerana berani bercakap dengan isterinya.
Majikan dalam video ini merupakan lelaki Arab Saudi yang memakai jubah putih manakala pekerja yang dibelasah berbangsa Asia, kemungkinan besar orang Bangladesh.
Tidak cukup dengan mata yang sudah lebam dipukul, mangsa yang masih memakai uniform kerja  dirakam terus dilibas dengan tali pinggang secara terus menerus sambil disoal siasat.
Dapat dilihat, mangsa beberapa kali bersumpah sambil meraung kesakitan namun dia tetap dilanyak tanpa belas termasuk di bahagian muka.
Bagaimanapun hikmah daripada video ini dimuatnaik di internet, perlakuan kejam majikan tersebut dapat dikesan.
Kini kes dilaporkan sedang disiasat oleh Persatuan Hak Asasi Manusia yang menuntut agar tindakan diambil terhadap pelaku jika dia terbukti salah
Saksikan VIDEO di bawah ini

0 comments:

Post a Comment