Belum Tentu Lana Jodoh Saya - Johan As'ari
Selepas digemparkan dengan berita lamaran pelakon siri Juvana, Johan As’ari terhadap aktres seksi Lana Nodin, pelbagai spekulasi mula timbul.
Ada pihak yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pilihan Johan itu.
Pelbagai pihak pastinya mahu mendapatkan penjelasan dari tuan punya badan mengenai perkara tersebut.
Johan mengatakan kepada Media Hiburan, “saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, Lana belum tentu jodoh saya.
“Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripadaNya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi’,” katanya.
Kisah percintaan Lana dan Johan menjadi tumpuan peminat kerana sebelum ini nama Johan sering kali dikaitkan dengan penyanyi Shila Amzah.
Namun, Johan semalam menerusi Berita Harian mendedahkan dirinya sudah pun melamar Lana setelah tiga hari berturut-turut keluar bersama.
Pasangan ini dikatakan mula rapat selepas terbabit dengan satu penganjuran anugerah pada 18 Oktober lalu.
0 comments:
Post a Comment