Enggan Komen Dakwaan Suami Bertatu - NADIYA NISAA
Pelakon berbakat besar, Nadiya Nisaa enggan menjawab dakwaan gosip yang tersebar mengatakan suaminya, Saiful Razman mempunyai tatu kekal di kedua-dua belah lengannya.
Perkara ini tersebar meluas berikutan artikel yang disiarkan oleh wartawan hiburan BiPop, Zubir Yunus.
“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarangan kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan dariapada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih-lebih lagi keluarga mertua,” katanya yang dipetik menerusi akhbar sisipan Berita Minggu itu.
Selain itu, Nadiya juga memohon agar kisah suaminya tidak terus diberi perhatian kerana yang menjadi selebriti ialah dirinya, bukan suaminya.
Pelakon berusia 28 tahun itu juga berharap peminat lebih memberi fokus terhadap kerjaya seninya daripada kisah-kisah keluarga dan peribadinya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment