Foto : Lana Bawa Johan Jumpa Keluarga?


Semalam, industri hiburan tempatan telah digemparkan dengan berita mengenai kesediaan Johan As’ari untuk memperisterikan pelakon kontroversi, Lana Nordin hanya selepas tiga hari berjumpa.
Namun, belum sempat kontroversi itu reda, Lana dilihat telah memuatnaik sekeping fotonya bersama keluarga yang ditemani oleh Johan As’ari ke laman sosial Instagram.
Meskipun menerima pelbagai cemuhan daripada segelintir pengguna laman sosial, nampaknya pasangan ini sempat meluangkan masa bersama yang tersayang.
Menerusi foto ini, Johan dilihat sedang menikmati makanan di sebuah restoran bersama sebuah keluarga dipercayai keluarga Lana.
love all of u cos u all never judge people from d outside but accept them who they r…respect them…support n always be there for me no matter what decisions i’ve made…tq mak ? All of u for understand me well… @mazwin_awin @shashabahari
Walaupun pelbagai rintangan harus ditempuh ekoran kontroversi yang melanda, namun pasangan ini kelihatan tenang dengan situasi yang menimpa.
Melalui perkongsian foto ini, Lana telah menerima banyak respon positif daripada pengikut laman sosial, dimana rata-ratanya memberikan kata-kata semangat terhadap hubungannya bersama Johan.

Antara luahan para pengguna Instagram terhadap Lana
Sebagai rujukan, Johan pernah digosipkan dengan beberapa artis ternama antaranya pelakon hebat, Izreen Azmida, dimana Izreen mendakwa Johan pernah mengajaknya untuk bertunang.
Kemudian, Johan pernah dikaitkan bercinta dengan Nabila Huda apabila dia dilihat menulis beberapa status romantik di akaun Twitter sambil menyebut nama Nabila Huda (@abilsuhaimi) dan sebelum ini juga pernah digosipkan bersama Shila Amzah.
Apa-apa pun, Kami doakan agar Johan dan Lana kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber

0 comments:

Post a Comment