Johan Akan Menjadi Pembimbing Saya - Lana Nodin.


KISAH percintaan yang terjalin antara Lana Nordin dan Johan As’ari rupa-rupanya adalah dari doa Lana yang termakbul selepas dia inginkan seorang lelaki yang menjadi pembimbing hidupnya.
Menurut Lana, ketika dilamar Johan walaupun selepas hanya tiga hari berjumpa dia nampak ketulusan hati dan si gadis yang sering berpakaian seksi itu mengakui terkejut dengan lamaran Johan.
“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri.
“Sebagai wanita saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan,” kata Lana yang dipetik laman ohartis.com.
Menurut Lana, dia memang sudah lama mencari seseorang yang boleh membawanya ke arah lebih baik.
Percintaan Johan dan Lana ini bukanlah gimik untuk drama atau filem sebaliknya adalah yang benar-benar berlaku dan ia diakui sendiri oleh Johan.
Lana berkata, dia meminta jika Johan serius, eloklah si jejaka bertemu terus dengan keluarga tuan empunya badan.
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius. Dia bukan main-main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” kata Lana.
Sumber

0 comments:

Post a Comment