KRU diminta siasat - Lagu nyanyian Pak Nil diciplak !
Penyanyi lagu Profesor Klon, Datuk Aznil Nawawi meminta penerbit lagu tersebut iaitu KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.
Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.
"Saya tidak tahu siapa yang ciplak siapa. Tetapi diharap sekiranya Profesor Klon diciplak, pihak KRU ambillah tindakan dengan segera kerana ia telah menjejaskan nama anak seni tempatan.
"Walaupun lagu itu bukan saya yang hasilkan, tetapi ia tetap menjejaskan nama saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan komen-komen di Twitter apabila ada segelintir pihak menyifatkan saya turut terlibat dengan isu ciplak ini," katanya.
Sumber

0 comments:
Post a Comment