Maki Polis di Facebook, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun
Seorang anggota Polis Trafik IPD Kuala Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman ke atas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,
Pemilik kereta, seorang lelaki berbangsa melayu lingkungan umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.
Anggota Polis Trafik itu dengan tenang "TIDAK MELAYAN" provokasi pemilik kereta tersebut serta beredar dari tempat kejadian.
Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, lelaki tersebut telah memuat naik gambar tindakannya itu ke Facebook berserta kata makian dan UGUTAN.
Menurut sumber, Satu laporan Polis dibuat selepas kejadian berlaku.
Tindakan:
1) Bertindak diatas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.
3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.
Sumber
0 comments:
Post a Comment