‘Minta Izin’ Sepanjang Di Set Lokasi ‘Penanggal’ - Fasha Sandha
Sebelum ini dia biasa mendengar pengalaman seram yang dilalui beberapa rakan artis lain yang menjanlani penggambaran filem seram atau mistik. Lantas timbul juga perasan risau saat dia diberitahu untuk set penggambaran filem Penanggal yang dibintanginya melibatkan lokasi di dalam hutan dan penggambaran di waktu malam.
Bagaiamanapun pelakon jelita Fasha Sandha bersyukur kerana sejak dari awal hingga tamat penggambaran dia tidak mengalami apa-apa ganguan pelik ata dalam erti kata lain gangguan makhluk halus.
” Ini filem seram saya yang kedua sebelum filem Gong, tapi itu dalam lama dulu. Saya biasa juga dengar rakan artis lain yang kalau mereka shooting filem seram, lebih-lebih lagi kalau dalam hutan atau rumah kosong, ada yang mengalami gangguan. Allhamdulillah, sepanjang penggambaran saya tak ada alami apa-apa pengalaman misteri.
“Saya ikut pesanan mak saya iaitu minta izin dan jaga tatatertib. Jadi bila sepanjang di dalam hutan, apa saja yang saya buat saya akan minta izin. Iyalah, kita datang tempat orang kan… Dalam hutan tu, pokok-pokok semuanya hidup, tanah pun hidup. Saya cakap, “Saya minta izin. Saya datang sini nak bekerja. Tolong jangan ganggu saya”. Saya pastikan, tisu pun saya tak buang merata-rata”, katanya ketika ditemui pada malam preview Penanggal, di e@Curve, kelmarin.
Penggambaran Penanggal dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011. Ketika itu hanya beberapa bulan saja lagi sebelum Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram (Jejai).
Ikuti Kelas Bahasa Arab
Menyentuh mengenai karakternya dalam filem sulung arahan Ellie Suriaty itu, Fasha yang memengang watak Sharifah Zahrah berkata cabaran paling besarnya apabila dia perlu melakonkan watak gadis berketurunan Arab dan memerlukan dia bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih.
“Kalau nak bercakap dalam bahasa Arab ikut skrip tu, semua orang boleh. Tapi disebabkan saya bukan datang ari keluarga berdarah Arab, jadi saya tak fasih dengan sebutan-sebutan perkataannya. Nak nampak natural tu susah.
Jadi saya kena lah usaha lebih sikit, saya ambil iniasitif ikuti kelas bahasa Arab selama lebih kurang dua bulan”, katanya.
Meskipun bukan seorang penggemar filem seram namun Fasha sambil turut meluahkan bangga dan teruja apabila diberi kepercayaan oleh Ellie Suriaty menjadi sebahagian filem tersebut. Malah dia cukup mengagumi kesungguhan Ellie sepanjang penggambaran walaupun pengarahnya itu sedang hamil.
“Ramai pelakon yang mahu bekerja di bawah arahan kak Ellie. Saya rasa bertuah apabila diberi kepercayaan. Saya kagum dengan cara dan kredibiliti Kak Ellie sebagai seorang pengarah. Ketika di set walaupun hamil, dia tetap berkejar ke sana sini sepanjang menghasilkan filem ni. Dia pastikan dia hasilkan filem yang terbaik. Penanggal satu naskah yang bagus dan banyak mesej moral.
“Disebabkan dia juga seorang pelakon, jadi dia tahu nalurI berlakon tu bagaimana. Dia seorang yang banyak idea. Dia sangat teliti. Dia jaga setiap inci lakonan saya”, kata Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran telemovie Racun Ibu.
Selain Fasha, Penanggal dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Ummi Nazeera, Normah Damanhuri, Syed Yusof, Zul Ariffin, Nadia Mustafa, Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Kuswadinata dan ramai lagi.
Filem seram klasik terbitan Tayangan Unggul dengan kerjasama Grand Brilliace ini akan mula ditayangkan dipawagam pada 28 November 2013.
Sumber
0 comments:
Post a Comment