Pengedar Dadah Libas Pedang Samurai Ditembak


ALOR SETAR – Seorang lelaki cedera di perut akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis ketika cuba menyerang anggota itu menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Sungai Tiang, Pendang semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya, lelaki terbabit antara tiga suspek pengedar dadah yang diberkas oleh polis dalam operasi pukul 11.15 malam di sebuah rumah di kampung itu.
“Ketika sepasukan polis tiba di rumah berkenaan, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 dan 28 tahun berkenaan ada di dalam rumah namun mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.
“Dua daripadanya berjaya diberkas, manakala seorang lagi meloloskan diri menerusi tingkap dan anggota polis bertindak mengejarnya sebelum suspek cuba menyerang anggota polis terbabit dengan melibas dua bilah pedang samurai,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Nashir berkata bagi mempertahankan dirinya, anggota terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek yang mengenai perut lelaki itu.
Sementara itu katanya, pemeriksaan polis di dalam rumah berkenaan menemukan dadah jenis heroin seberat 200 gram serta sebuah motosikal yang dilapor hilang di Selangor.
Ketiga-tiga suspek berasal dari Pendang itu positif dadah namun mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.
Suspek yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah manakala dua rakannya direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Suspek yang cedera itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Sumber

0 comments:

Post a Comment