Penjelasan Polis Mengenai Misteri Kehilangan Remaja di Villa Nabila ! (VIDEO)

Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila.


Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.



Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

Saksikan VIDEO di bawah ini




Sumber

0 comments:

Post a Comment