Pesta Paranormal Ala Seekers Di #VillaNabila
Ketika tiba di Johor Bahru untuk meninjau suasana sebenar di Villa Nabila malam tadi, rakan laman sosial memaklumkan bahawa pihak polis sudah pun menutup kawasan itu kepada orang ramai.
Sumber
Ketika tiba di lokasi kira-kira pukul 8 malam, selepas mengharungi kesesakan lalu lintas dan terpaksa meletakkan kenderaan jauh serta berjalan kaki, ramai orang dilihat turt sama berjalan kaki menaiki bukit kecil menuju ke Villa Nabila.
Semuanya menyuluh laluan menggunakan lampu dari telefon bimbit.
Setibanya di pintu masuk Villa Nabila, kami terkejut melihat suasana di dalam villa itu akibat laporan palsu kehilangan 23 orang remaja, seperti satu pesta mencari hantu.
Tidak dapat digambarkan keadaan sebegitu ramai orang berjalan dalam gelap dan menyuluh ke sana sini seperti mencari dan mengharapkan untuk nampak sesuatu yang misteri dan mistik.
Semuanya memberanikan diri kerana ramai orang di atas, kami cuba turun sehingga ke kawasan kolam renang tetapi gagal kerana tangga menghala ke kawasan kolam renang sudah ditimpa sebatang pokok yang tumbang.
Apabila kami melihat semula rakaman video di dalam Villa Nabila, terasa juga seram apabila melihat sudut-sudut tertentu di rumah itu yang dipenuhi akar kayu yang menjalar serta pokok-pokok yang tumbuh di dalam rumah.
Team Mynewshub.my cuba untuk masuk ke dalam lagi tetapi keadaan rumah dan jalan yang licin serta gelap memaksa kami berpatah balik. Cuba juga untuk meninjau di tingkat atas tetapi tangga dah reput dan seperti hendak runtuh.
Anda tontonlah video pesta mencari hantu di Villa Nabila ini, kami hanya ingin melihat suasana di sana sahaja. - Mynewshub.my
Saksikan VIDEO di bawah ini
Sumber
0 comments:
Post a Comment