Pramugari Menari Dalam Penerbangan (VIDEO)

KAMI yakin ada di antara anda yang kerap tidak menumpukan perhatian sewaktu pramugara atau pramugari memberikan penerangan mengenai langkah keselamatan di dalam penerbangan.
Mungkin ada yang memberi alasan sudah hafal atau bosan dengan cara penyampaian yang sama oleh krew penerbangan.
Bagaimanapun, sebuah syarikat penerbangan menggunakan pendekatan yang unik dalam menarik perhatian para penumpang untuk menumpukan perhatian dalam sesi penerangan itu.
Caranya ialah dengan memperlihatkan para pramugari menari mengikut rentak lagu ‘Just Dance’ sambil menunjukkan penggunaan alatan keselamatan.
Kalau semua syarikat penerbangan buat begini, rasanya tiada siapa yang akan tidur selepas ini.

Saksikan VIDEO di bawah ini

Sumber

0 comments:

Post a Comment