Remaja Gurau Buka Bikini Maut Kemalangan
BENARLAH kata orang, harus ada batas dalam bergurau. Jika melampau, pasti buruk padahnya.
Sumber
Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja lelaki di New York apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat gurauan melampau pada hari ulang tahun kelahirannya.
Brandon Berman, 19, bersama beberapa lagi rakan sedang dalam perjalanan pulang dari pantai dengan menaiki kereta sebelum dia mengusik pemandu, Britanny Lahm, 24, dengan meletakkan kakinya di muka gadis itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga membuka payung dalam kenderaan tersebut.
Kemuncak gurauan yang membawa maut itu ialah apabila dia menarik tali bikini Lahm sehingga terbuka dan menyebabkan gadis itu melepaskan stereng kereta.
Akibatnya, kereta yang dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas dan terbalik sekaligus mengakibatkan kematian Berman dan mencederakan yang lain.
Itulah yang dikatakan nasi sudah menjadi bubur. Nyawa pun sudah tak dapat dikembalikan lagi.
Semoga kejadian ini dijadikan iktibar bagi anda di luar sana selepas ini supaya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang bodoh.
0 comments:
Post a Comment