Tunggang Basikal Lawan Arus (VIDEO)
MEMANDU atau menunggang kenderaan anda menentang arus laluan kenderaan mengundang bahaya dan kemalangan. Silap langkah seseorang itu bakal berhadapan dengan maut.
Di Thailand, beberapa orang pejalan kaki merakamkan video berani mati seorang lelaki berbasikal melawan arus kenderaan di negara itu.
Ketika itu, kumpulan yang merakamkan video ini berada di atas sebuah jejantas.
Keadaan lelaki yang berkayuh itu begitu bahaya kerana kelajuan basikalnya dengan kenderaan yang mendatang amat jauh bezanya dan kereta yang datang ke arahnya semua bergerak agak laju.
Kereta yang bergerak ke arah penunggang basikal dilihat terpaksa membrek secara mengejut untuk mengelak dari terlanggar penunggang basikal berkenaan.
Tidak diketahui adakah mental penungggang basikal berkenaan waras atau tidak. Apapun, tindakannya mengundang bahaya kepada dirinya dan juga kepada para pengguna kereta lain.

0 comments:
Post a Comment