Wanita Terbunuh Selepas Menulis Di FB Mahu Gambarnya Ini Digunakan Ketika Mati

SEBELUM menyertai ekspedisi berbasikal di sebuah gurun dekat selatan Alice Springs di Australia, seorang pelancong wanita dari Taiwan telah bergurau mengenai ‘hari kematiannya’ di Facebook.
Dia menulis;
” Sebelum berbasikal secara solo di Australia nanti, saya nak kongsi gambar saya yang pernah dimuatkan dalam majalah FHM pada tahun 2009. Andai kata saya mati kat gurun itu, anda boleh guna gambar ini di masa pengekebumian saya “


Seminggu selepas dia memuatkan status tersebut, Lin Ya-ruo telah dirempuh sebuah bas pelancong sewaktu di kawasan itu ketika baru memulakan pengembaraan berbasikalnya.
Selain mesej berbaur ‘kematian’ yang ditulisnya itu, Lin juga ada memperkatakan mengenai ekspedisinya.
“ Saya bawa 11,750ml air, banyak bahan makanan, peralatan perkhemahan, beg tidur untuk pengembaraan ini. Saya perlu berbasikal sejauh 100 kilometer untuk sampai ke tapak perkemahan.
“ Kalau tidak saya terpaksa mendirikan khemah di tepi jalan. Gelombang telefon pun mungkin tidak ada. Doakan saya berjaya, ”

(gambar Lin sewaktu berbasikal menjelajah Taiwan)


Wanita Terbunuh Selepas Menulis Di FB Mahu Gambarnya Ini Digunakan Ketika Matihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Untitled-1024x528.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Untitled-150x150.pngMyNewsHubmyHangatUtama
Sumber

0 comments:

Post a Comment