Erma Fatima Balas Kenyataan Rabecca Nur Al Islam

Erma Fatima Balas Kenyataan Rabecca Nur Al Islam
Semalam Rabecca Nur Al Islam merungut menerusi laman Twitternya mengenai tindakan Erma Fatima yang menghantar sejumlah syiling 5 sen kepadanya bagi menjelaskan tuntutan di mahkamah yang dimenangi beliau sebanyak RM11,200.
Kali ini, Erma Fatima pula bersuara menerusi laman Instagram beliau mengenai tindakan Rabecca yang dilihat agak "angkuh" kerana enggan menerima syiling tersebut bersama sebuah Al Quran.

"Bayar tuntutan si jelitawan dgn coin 5 sen beserta senaskah Quran tp dia tak nak terima...he..he..he..jgn pulak cari publisiti buat press conference pulak. I takuttt ni...."


Menerusi Twitter Rabecca pula, jelas dia mengatakan yang peguam dia tidak menerima duit syiling tersebut dan bersedia untuk memulangkan semula duit itu.



Sumber

0 comments:

Post a Comment