Johan As'ari Anggap Tindakan Shila Amzah Tak Matang
Nampaknya tindakan mengejut pengumuman Johan As'ari yang memilih Lana Nordin sebagai teman istimewanya mengundang reaksi peminat dan juga Shila Amzah sendiri.
Tindakan Shila Amzah yang mengulas menerusi laman sosial mengundang rasa kurang senang Johan As'ari apabila Shila dilihat seperti tidak dapat menerima pilihan Johan itu.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila, Johan melahirkan kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak matang.
“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya lagi.
Sebelum ini, Johan pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.
Selain itu, pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.
“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.
Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment