Johan As'ari Mudah Jatuh Cinta?
Pengakuan mengejutkan Johan As'ari yang jatuh cinta dengan Lana Nordin setelah 3 hari berjumpa membuatkan satu Malaysia kecoh dengannya.
Melalui Gebang Syed, katanya ada peminat yang sangsi dengan pengakuan terbuka Johan As'ari ini kerana sebelum ini Johan banyak kali juga dikaitkan dengan beberapa nama selebriti wanita lain setelah pertama kali berjumpa.
Apapun semoga hasrat murni Johan yang sebelum ini pernah meletakkan tiga syarat untuk calon isterinya tercapai, " Saya mahu mencari calon isteri yang taat pada Allah, Rasul dan suami. Ini sahaja calon-calon yang saya mahukan dalam menentukan siapa jodoh saya nanti".
Pasti semua berharap Lana Nordin yang sebelum ini kerap dihentam peminat kerana penampilan seksi akan berubah.
Mungkin juga sebelum ini orang lain tak nampak apa sebenarnya kelebihan Lana Nordin yang Johan nampak. Pasti Lana juga mempunyai tiga ciri-ciri yang pernah beliau nyatakan seperti diatas.
Sumber
0 comments:
Post a Comment