Johan Tak Wajar Buka ‘Loudspeaker’ Perbualan Dia Dan Ibu Saya!


Apabila Shila Amzah memadam gambar-gambarnya bersama Johan Asaari di Instagram, ramai beranggapan penyanyi ini melakukannya kerana tidak dapat menerima hakikat Johan memilih Lana Nordin sebagai teman istimewa.
Shila bagaimanapun tampil membetulkan persepsi ini menerusi satu kenyataan di akhbar, semalam.
Kata Shila kepada Harian Metro, dia dan Johan selama ini sememangnya diikat hubungan persahabatan sahaja, tak lebih dari itu.
Justeru dia tidak marah bila mendapat tahu Johan mempunyai hubungan cinta dengan  Lana namun perasaan jadi sebaliknya apabila terbaca di akhbar kenyataan Johan yang mengaku pernah menelefon ibu Shila dan membuka ‘loudspeaker’ untuk membuktikan kepada Lana, dia dan Shila tidak ada hubungan istimewa.
“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain.
” Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar,” kata Shila.
Rupa-rupanya, inilah punca mengapa Shila bengang pada Johan hingga memadam semua gambar mereka, bukan sebab Johan mencurangi dirinya.
Apa pun, Shila sempat menitipkan pesan agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan Johan mahu pun Lana selepas ini kerana mahu fokus pada kerjaya.
Baguslah, berita-berita begini tak baik untuk perjalanan karier Shila yang sedang berkembang dengan baik. Shila pun ada pakej yang sempurna, satu hari nanti pasti bertemu jodoh yang lebih sepadan dan mendapat restu keluarga. – REM RAMZI
Apa pun, meh layan gambar waktu Shila dan Johan masih ‘bersahabat baik’ :





Sumber

0 comments:

Post a Comment