Pemandu ‘Pailang’ Hentam Kereta Belakang (VIDEO)
Di sesetengah tempat yang kekurangan kotak parkir, meletakkan kereta secara ‘double’ atau di belakang kenderaan buat sementara waktu adalah perkara biasa.
Tapi ia biasanya dilakukan jika pengguna kereta belakang berada berhampiran kenderaannya jadi dia boleh mengalih kereta pada kadar segera apabila diperlukan.
Jika tidak, mungkin akan berlakulah situasi seperti dalam video di bawah.
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang hilang sabar menunggu pemandu kereta di belakangnya tiba, bertindak ganas apabila mengundurkan kenderaan berkali-kali hingga kereta tersebut teranjak.
Ini membuatkan kereta yang dihentam berada betul-betul di tengah laluan yang sedang sibuk dengan kenderaan hingga menghalang lalu lintas.
Tapi tak kiralah sama ada pemandu pacuan empat roda ini mempunyai urusan segera atau hilang sabar sekali pun, tindakan ‘pailang’ ini tetap salah dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Apatah lagi, dia dan kesemua pemandu lain yang meletakkan kenderaan di bahu jalan tersebut sememangnya awal-awal lagi sudah melanggar undang-undang kerana tidak parkir di tempat betul.
Kejadian dilaporkan berlaku di The Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur kelmarin (18 Januari).
Sumber

Saksikan VIDEO di bawah ini
Sumber
0 comments:
Post a Comment