ALIEN: 4 Gambar Crop Circle & Cahaya Hijau Misteri Muncul Di California

California - Cerita soal kemunculan crop circle kembali timbul. Kali ini lokasinya berada di sebuah ladang di California, Amerika Syarikat. Adanya cahaya hijau yang terakam kamera menambah misteri di lokasi tersebut.
Sejumlah media di AS sudah mengangkat khabar ini sejak Isnin 30 Disember 2013 lalu. Perdebatan klasik pun muncul, apakah crop circle itu buatan manusia atau alien.

Bentuk crop circle ini memang cukup unik. Saiznya sangat besar dan gambarnya mirip sebuah cip komputer dengan kotak - kotak di bahagian tengah dan bulat di sisi luarnya.

Di tengah perdebatan itu, muncul sebuah video di YouTube yang disiarkan oleh akaun tanpa nama. Video itu menangkap sebuah cahaya hijau yang muncul di ladang. Si pengupload mendakwa cahaya itu diambil sesaat sebelum kemunculan crop circle.

Jurugambar yang pertama kali merakam gambar crop circle itu adalah Julie Belanger dari 111th Aerial Photography Squadron. Kala itu dia sedang terbang dan melihat penampakan tersebut.

"Sangat indah, sangat indah. Saya percaya alien itu ada, tapi saya tidak tahu apa mereka mahu membuat crop circle untuk memberi mesej pada kita, " katanya seperti dilapor Daily Mail, Khamis ( 2/1/2014 ).

Meski begitu, banyak pihak tidak yakin soal keaslian crop circle tersebut. Harian The Monterey Herald melaporkan, kawasan itu sempat dikawal oleh beberapa pegawai keselamatan sejak Isnin, namun mereka tak menyebutkan bekerja untuk siapa.

Jeffrey Wilson dari penyelidik persatuan crop circle bebas berkata, kecenderungan crop circle itu dibuat oleh menusia daripada alien.

"Saya rasa...itu adalah iklan," ucap Wilson.






p/s: Mengarutlah semua ni. Takkanlah teknologi alien yang berganda² lagi maju dari manusia mampu buat crop circle jer? Hantarlah WhatsApp ke, BBM ke.


Sumber

0 comments:

Post a Comment