ARTIS CINTA Lisa Surihani dan Yusry KRU Rakam Lagu Kekasih Abadi
Lisa Surihani dan Yusry KRU nampaknya menegembangkan lagi kerjaya mereka berdua dalam industri hinburan dengan merakamkan sebuah lagu khas bertajuk Kekasih Abadi untuk meraikan cinta mereka.
Lisa Surihani yang selama ini hanya berlakon belum pernah merakamkan sebarang lagu, akan merakamkan suaranya untuk Kekasih Abadi berduet dengan suaminya Yusry.
"Kekasih Abadi merupakan single pertama keluaran KRU Music bagi tahun 2014 dan adalah percubaan sulung Lisa dalam menyampaikan sebuah lagu secara komersial. Lagu ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog 13 episod, ‘Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di RTM 2 mulai bulan Mac 2014 nanti," jelas Lisa.
Lagu yang melambangkan ikrar cinta sejati mereka ini akan dimuatnaik secara rasmi di laman Youtube pada 8 Januari nanti. Sebelum ini, Yusry telah menghadiahkan Lisa sebuah lagu berjudul Selamat Hari Kita yang dicipta dan dinyanyikannya bersempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari 2013.
Lagu Kekasih Abadi dicipta oleh Edry Abdul Halim dan lagu ini membayangkan rasa syukur Lisa Surihani dan Yusry berkaitan takdir yang menemukan mereka sehingga bergelar suami isteri yang sah.
Bercakap tentang travelog, Yusry KRU & Lisa Surihani kini sedang berada di luar negara untuk menikmati percutian hujung tahun mereka dan terbaru mereka berada di Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru. Klik saja link diatas....
Sumber

Lirik Lagu "Kekasih Abadi"
Artis : Yusry & Lisa
Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim
Publisher : DD Music Sdn Bhd
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku…oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata…oh
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu... oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

0 comments:
Post a Comment