ARTIS UPAH PELAJAR RM30 SEJAM SEBAB NAK TERCALON ANUGERAH


Macam-macam Artis sekarang ni, hendak menang dengan cara salah. baca petikan dari blog murai batu:
KL, 23 JAN 2014: Kalau tak silap Murai Batu ini bukanlah kali pertama Murai Batu terdengar golongan artis mengupah kelab peminat untuk menghantar undi semata-mata untuk menang sesebuah anugerah yang membabitkan undian peminat.
Terbaru Murai Batu terdengar seorang artis wanita telah mengupah sekumpulan pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi untuk menghantar undi supaya dirinya tercalon untuk kategori top 5 sebuah anugerah berprestij.


Naik semput Murai Batu bila mendengar cerita ini. Bagaimanapun Murai Batu ingin tahu juga siapakah gerangan selebriti itu dan siapakah yang telah diupahnya untuk menghantar undi?


Selidik punya selidik, artis wanita berkenaan adalah salah seorang yang cukup cantik dan kalau tak silap Murai Batu pernah beberapa kali tercalon dalam anugerah berkenaan. Tapi sayangnya rezeki masih belum menyebelahinya lagi.


Bagaimanapun Murai Batu kurang bersetuju apabila artis berkenaan telah mengupah sekumpulan pelajar dengan harga RM30 untuk sejam semata-mata untuk mendapatkan khidmat bantuan mereka untuk mengundinya.


Benar, kalau di lihat dari sudut berbeza, cara artis berkenaan mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu strategi untuk tercalon, tapi dari sudut lain pula, ianya bukanlah pendekatan yang positif atau boleh dicontohi.


Kenapa Murai Batu berkata demikian? Kerana anugerah berteraskan undian adalah berdasarkan undian telus daripada peminat. Kepada peminat yang benar-benar merasakan seseorang artis itu popular atau layak, maka mereka akan mengundi. Macam pilihan raya juga.


Jadi cara yang digunakan oleh pelakon itu sama sekali bukanlah pendekatan yang baik atau boleh dicontohi oleh sesiapa. Dalam kata lain, ini dah kira main tipu.


Tapi apa yang membuatkan Murai Batu pelik, walaupun pelakon berkenaan mengupah sekumpulan pelajar untuk mengundinya, tapi nampaknya namanya langsung tak melekat dalam carta top 5 anugerah berkenaan.


Eh! Apa sudah jadi? Murai Batu takut undian yang dihantar itu tidak sampai ke pihak sepatutnya atau mungkin usaha artis berkenaan masih belum kuat untuk melayakkan dia tercalon untuk kategori yang dipertandingkan.


Sayangnya.....


Mana tidaknya, kebelakangan ini Murai Batu lihat terdapat ramai pelakon baru yang berbakat besar dan cantik-cantik belaka lagi popular yang nampaknya boleh menandingi populariti artis seorang ini.


Jadi apa yang boleh Murai Batu katakan di sini, kuatkanlah usaha dan pertingkatkan prestasi supaya nama anda terus mekar, segar dan sentiasa berada di hati peminat. Bukan senang untuk kekal popular ya kawan-kawan.


Dibawah senarai TOP 5 Kategori Utama ABPBH
Artis Baru Lelaki Popular

1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular

1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular

1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular

1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular

1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin


Sumber

0 comments:

Post a Comment