Kanak-Kanak 5 Tahun Parah Tersepit Eskalator

Akibat bersendirian bermain di eskalator, seorang kanak-kanak lelaki, Yuan Hong, 5 tahun, parah tersepit di celah eskalator di sebuah pasaraya di Pluit, Jakarta Utara.

Gambar kanak-kanak yang tersepit ini telah tersebar meluas dilaman sosial sehingga menimbulkan pertanyaan ramai. Kecederaan yang dialami amat parah dimana peha kanak-kanak tersebut koyak teruk sehingga menampakkan tulang.


Sebelum kejadian, perbuatan kanak-kanak tersebut yang melompat-lompat di atas eskalator menarik perhatian pengunjung disitu. Di percayai kanak-kanak ini dibiarkan bermain sendirian oleh pengasuhnya.



Kejadian kanak-kanak tersepit eskalator bukanlah pertama kali berlaku, malah di Malaysia juga pernah terjadi perkara sedemikian.




Kepada ibubapa dan pengasuh, berikanlah perhatian kepada anak-anak jagaan anda, kerana seribu kemungkinan boleh berlaku walau hanya sekelip mata anda terleka.



Sumber

0 comments:

Post a Comment