Lisa Surihani Dan Yusry Rai 2014 Di Disneyland


APA lagi yang boleh kami katakan mengenai pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU melainkan sangat romantik!

Walaupun sudah hampir dua tahun berkahwin, kedua-duanya masih seperti pasangan pengantin baru.

Sempena tahun baru ini, Lisa dan Yusry telah terbang ke Amerika Syarikat bagi menyaksikan sambutannya di Walt Disney World Resort.

Sebelum itu, mereka terlebih dahulu bercuti selama seminggu di Kota London.

Jelas terpancar kebahagian di wajah pasangan ini melalui gambar yang dikongsikan oleh Lisa di laman Instagramnya.

Apa pun, kami doakan semoga tahun baru ini akan memberikan kehidupan dan kebahagiaan yang berterusan buat kedua-duanya.









Sumber

0 comments:

Post a Comment