Melampau! Bekas Tentera AS Lempar Quran Ke Lantai (VIDEO)

Melampau! Itulah yang boleh dikatakan terhadap tindakan bekas Tentera Laut Amerika Syarikat, Ben Smith yang bukan sahaja menghina Islam malah bertindak melemparkan al-Quran ke lantai ketika berucap di satu majlis, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Ben Smith turut mengemukakan teori bahawa presiden AS, Barack Obama dan pengurusannya merupakan golongan Marxists yang menyamar kerana sebenarnya beragama Islam dan menyokong al-Qaeda.

Dia kemudiannya melemparkan Quran ke lantai, diikuti tepukan tetamu di majlis berkenaan.

Selain itu, Ben Smith mendakwa Obama berpakat dengan raja Saudi dan Iran, di samping menyamakan jihad dalam Islam dengan Nazi.

Ben Obama merupakan penyokong pergerakan pro-Israel yang aktif menyebarkan propaganda di majlis-majlis Tea Party sejak dia meninggalkan tentera

Saksikan VIDEO dibawah ini

 

Sumber

0 comments:

Post a Comment