Cemburu isteri dipandang orang, suami belasah lelaki depan bank di cheras

Cemburu isteri dipandang orang, suami belasah lelaki depan bank di cheras | Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya.

klik untuk besarkan



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam).


“Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya


Sumber mymedialab

7 comments:

  1. tak payah nak gengster sgt la. tak bawak ke syurga pun

    ReplyDelete
  2. si gemuk ni..gengster tahap mana pun... leh gerenti lu masuk syurga ke..

    ReplyDelete
  3. kira ok lg klau llki tu tpikat pndang kt bini kau..klau dia tpikat pandang kau???
    gengster la sgt..klau kau jaga bini elk2,xyah rsau dy lari lah....ni bdn x jaga,prangai lak buruk..xyah tggu llki lain kcaw pn pmpuan tu bleh blah gitu je...

    ReplyDelete
  4. Gengster konon.. dah la gemookk.. patut lar cemburu berlebihan, sbb beliau gemook.. kuang2.. woi, jgn la nak tunjuk kuat n lagak sgt bro, hidup x akan aman n tenteram bro.. DUNIA NI MILIK ALLAH.. bukan milik luuuu..

    ReplyDelete
  5. Hahaha... X pasal2 glamour...

    ReplyDelete