EKSKLUSIF! BEKAS JIRAN PASANGAN MALAYSIA YANG DITAHAN DI SWEDEN DEDAH PERKARA SEBENAR

Kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ini sudah berlarutan agak lama dan rakyat Malaysia sendiri keliru dan teragak-agak untuk mengecam tindakan pihak Sweden yang menahan reman pasangan terbabit dalam tempoh yang begitu lama.


Semalam, tersebarnya sekeping gambar print screen pendedahan berani bekas jiran senegara pasangan tersebut di Sweden yang mendedahkan pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden.


Ikuti pendedahan di bawah:



"Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.


Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.


Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say,


"this is muslim way"


School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.


Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman."


Sejauh mana benarnya pendedahan di atas, hanya mereka yang terlibat saja tahu cerita sebenarnya. Sama-sama kita berharap pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Malaysia dengan selamat.

Sumber

12 comments:

  1. tutup la keburukan saudara seislam kita..tiada kebaikan dan tauladan atas penyebaran ini. bertaubatlah.

    ReplyDelete
  2. Cik Win saya mohon jgn lah meyebar fitnah. Sedarlah sehina-hina perbuatan menyebarkan fitnah.

    ReplyDelete
  3. Bro cuba renungkan ... setiap kali kita dedahkan hal seumpama ni kita akan dikatakan tutuplah keaiban mereka. Tapi bro kita lupa ... tindakan mereka lah sebenarnya mengaibkan Islam. Berkelakuan buruk terhadap anak-anak kemudian berselindung disebalik Islam lebih memburukakan kesyumulan Islam itu sendiri.

    Saya percaya penaik maklumat ini ingin menyatakan bahawa pasangan ini sahaja yg bertingkahlaku sedemikian dan tiada ajaran dalam Islam yang merestui memukul anak untuk mengajar. Sebenarnya saya sangat musykil apabila kita berhadapan dengan mendidik anak especially bersembahyang kita selalu mengambil jalan untuk memukul anak-anak hanya merujuk kepad sebuah hadis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Suruhlah anak-anak kamu solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur 10 tahun.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)yang menyarankan agar anak setelah mencapai umur 7 tahun perlu disuruh bersembahyang kalau sampai umur 10 tahun perlu dirotan supaya sembahyang.

    Saya kira kita tidak terbuka untuk membaca lebih banyak hadis yg memperlihatkan bagaimana Rasulllullah berinteraksi dengan kanak-kanak. Kisah-Kisah Kecintaan Rasulullah Kepada Cucu-Cucunya
    Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka.
    Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.


    Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

    “Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

    Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.
    Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”
    Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah) .” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

    Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

    Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:
    “Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”
    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. semua tutup semua tutup...mcm byk kes kek 1malaya la..klu semua tutup x perlu la ada court dlm islam...tugas kadi masa zaman islam dulu...bukna hanya nikah kahwin ttpi menjalan urusan spt penghakiman dsbnya...ini tidak asyik-asyik tutup aib..msuk bawah karpet...apa cite nie bhai...? jika benar, plak..itu fitnah ka? so...apa cite??? jika x betul...amik tindakan terhdp yg menulis bende tersebut la...so apa cite? ni tidalk asyik-asyik tutup, sapu bawah karpet...hebat 1malaya?

    ReplyDelete
  5. Orang sekrang tak tahu bezakan mana yang aib denga mana yang nak perbetulkan keadaan. Ini bukan membuka aibnya, tetapi nak menyedarkan kita agar tidak mencontohinya. Hendak guna istilah biarlah kena konsepnya, banyak sangat tengok cerita lara dalam tv, itulah jadinya.

    ReplyDelete
  6. Kelak kalau orang bermaksiat di sebelah rumah pun kita kata jangan aibkan mereka. Islam ajar begitukah?

    ReplyDelete
  7. Mula mula saya tengok gambar mak budak-budak ni, berdetik hati saya garangnya muka. Tapi pada masa yang sama hati saya berdetik muka tidak mengambarkan yang sebenarnya dan berharap semua yang berlaku adalah hanya silap faham dan sengaja dibesar-besarkan. Tapi begitulah didapati ada kes yang boleh didakwa. Keangkuhan membawa bencana.

    ReplyDelete
  8. Ini pula kata hatiku bila melihat gambar mereka berdua si perempuan tu garang dan engkar habis, dan si lelaki tu menikus takut, kadang-kadang lebih saleh dari minah saleh, anak-anak jadi mangsa, sepatutnya anak-anak diletakkan dibawah badan kebajikan masyarakat di Malaysia, rasanya lebih terjamin dari saudara sendiri, rasa-rasa perangai lebih kurang aje... maaf pandangan kata hati aje...

    ReplyDelete
  9. i prefers we listen from both sides. i didnt see any logical issue so far. please, the kids are not the victim.

    ReplyDelete
  10. Mungkin maksud aib tu kt sini bnda ni xperlu di pampang secara terbuka dan disebarkn. Sepatutnya jiran tersebut gn medium yg lbh baik. Kalo betul niatnya baik. Jd saksi dlm kes tersebut. Biar antara mereka sj yg th.

    ReplyDelete
  11. Salam. Ada ker nama anak mereka nama amir? Bukan Arif ker.. kata jiran yg rapat. Selidik betul2 cerita ni.

    ReplyDelete
  12. sekarang ni kebenaran pun tak jelas.....sumber maklumat pun tak jelas....nak komen/hukum tak boleh ikut suka..........tak pasal2 sebar fitnah @ mengumpat....tak pasti lebih baik diam.....biar pihak berkuasa uruskan

    ReplyDelete