iNFO : MAS Jawab Kritikan Chef Wan Nasi Lemak 'Telanjang' !

wan
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai ‘telanjang’.

Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial. Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

“Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

“Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami,” kata Malaysia Airlines. Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.



Sumber

0 comments:

Post a Comment