MAS Dikritik Lagi. Digelar ‘Makanan Hospital’ Pula Oleh Chef Zam!

MAS Dikritik Lagi.. Digelar ‘Makanan Hospital’ Pula Oleh Chef Zam! | SUDAHLAH mengalami kerugian kira-kira RM1 Bilion baru-baru ini, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terus dirundung malang apabila menerima lagi kritikan daripada chef terkenal dari Malaysia.

Kali ini kritikan diterima dari Chef Zam di laman Instagramnya dengan melabelkan makanan yang disajikan di dalam pesawat MAS itu sebagai ‘makanan hospital’.

Menu yang jadi mangsa kritikan kali ini ialah masakan Asam Pedas yang dikutuk Chef Zam tanpa kewujudan ikan.

Chef Zam turut mengkritik ketiadaan makanan pencuci mulut seperti coklat atau sebagainya dan keadaan nasinya yang dikatakan lembik.

Klik untuk Besarkan






“Ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dihidangkan MAS dalam pesawat mereka. Ia adalah amat memalukan bukan sahaja kepada penumpang penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa. Bagaimana anda boleh mempromosikan Malaysia sebagai syurga makanan apabila hidangan pertama yang disaksikan mereka seteruk ini?

“Adalah amat memalukan apabila melihat usaha kerajaan contohnya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia yang membelanjakan berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai untuk mempromosikan makanan Malaysia kepada dunia,” katanya di laman Instagramnya chef_zam.

Kritikan terbaru ini menjadikan makanan sajian dalam pesawat MAS telah dikritik tiga kali dalam tempoh beberapa bulan oleh dua chef iaitu Chef Wan dan Chef Zam. Satu lagi kritikan hadir daripada seorang Aktivis Sosial iaitu Josh Hong mengenai Nasi Lemak.

Sebelum itu, Chef Wan turut mengkritik menu Nasi Lemak sajian MAS dalam penerbangan ke Bangkok dan mengatakan ia seperti ‘telanjang’.

Pihak pengurusan MAS sepatutnya mula mengambil serius kritikan-kritikan seperti ini yang dilihat semakin kerap muncul dilakukan secara terbuka di laman sosial.

Penulis teruja nak menunggu apa pula iklan balasan dari Air Asia tentang isu Asam Pedas ini

Sumber mynewshub

0 comments:

Post a Comment