PEKERJA KFC KANTOI BAWA NAIK MOTORSIKAL GUNA LIF KE TINGKAT 14
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki, pekerja KFC, yang sering membawa naik motosikal berkuasa tinggi miliknya ke tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini terbongkar apabila dia terserempak dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan lawatan mengejut di kediaman itu.
Dalam insiden jam 11 malam Jumaat lalu, pekerja KFC berusia lewat 20-an sedang menunggu lif untuk membawa turun motosikalnya sebelum ke tempat kerja.
Hasrat pekerja KFC berkenaan bagaimanapun terbantut kerana lif sama digunakan rombongan lawatannya bersama persatuan penduduk ke blok berkenaan.
Pekerja KFC yang juga penghuni di situ pada mulanya dilihat tidak tentu arah dan cuba melarikan diri namun tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan masih menunda motosikal.
Seperti biasa alasan yang diberikan adalah takut motosikal hilang kerana baru beli.
Penghuni yang lain juga ada kebimbangan yang sama, namun masih boleh letakkan motosikal di bawah. Tindakan bawa naik motosikal guna lif ini boleh menyebabkan kerosakan dan menyusahkan ratusan penghuni lain.
Pekerja KFC itu akur dengan kesalahan dan memohon maaf berkali-kali. Pemuda berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM300 atas kesalahan tersebut. Namun dia hanya diberi amaran agar tidak mengulangi tindakan itu. Jika didapati dia masih membuat tindakan sama, tindakan pembatalan perjanjian sewa dengan DBKL akan dibatalkan.
Untuk rekod, sebelum ini DBKL pernah menamatkan perjanjian sewa penghuni Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang kantoi membawa naik motosikal menggunakan lif. Tindakan itu menyebabkan lif rosak dan penghuni berkenaan tersekat dalam lif.

0 comments:
Post a Comment