Majlis Fatwa - Belum tiba Masa Solat Jenazah Ghaib

Majlis Fatwa - Belum tiba Masa  Solat Jenazah Ghaib | PUTRAJAYA — Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malamini menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama danbeberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang tadi, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perludilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untukmembolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yangmembabitkan waris si mati, katanya.

Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masasekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya, kata Abd Shukor.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas diDewan Rakyat hari ini bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadaptragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorbandalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doauntuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut,” katanya.

Abd Shukor berkata anggota jawatankuasa fatwa khas itu turut merakamkanpenghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan dari pelbagai negara lain di seluruh dunia atas kesungguhan mereka mencari pesawat MH370 itu.

0 comments:

Post a Comment