MH370: Juruterbang Air Asia Kutuk Kerajaan Malaysia?

MH370: Juruterbang Air Asia Kutuk Kerajaan Malaysia? | Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kerajaan Malaysia sudah berusaha sehabis daya untuk memberikan usaha terbaik dalam menangani masalah kehilangan pesawat MH370 sejak hari pertama lagi.

Harus diingat, ini adalah tragedi pertama seumpamanya yang melanda syarikat penerbangan hingga membingungkan banyak negara termasuk kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Namun sesetengah media asing yang mempunyai agenda tersendiri, telah menulis banyak laporan tidak benar termasuk mempertikaikan usaha Kerajaan Malaysia dan menuduh ada maklumat disembunyikan sekaligus menjadi batu api yang memarakkan perasaan keluarga penumpang MH370 terutama dari luar negara.

Adalah malang jika dalam keadaan ini, rakyat Malaysia turut memilih untuk bersatu dengan media asing mengutuk negara sendiri.

Namun itulah yang digambarkan dalam satu status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Krish Jejendira.

Status tersebut berbunyi:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!)

Apa yang dikesalkan, individu berkenaan dipercayai bekerja sebagai juruterbang di Syarikat Penerbangan Air Asia X.



Tindakan ini boleh dikira amat tidak patut apatah lagi tragedi MH370 turut melibatkan kakitangan dan keluarga Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Kalau warga MAS dan ketua mereka berdiri teguh di belakang Kerajaan Malaysia, apa hak kakitangan syarikat penerbangan lain untuk berfikir sebaliknya?

Sekiranya status ini benar-benar dimuatnaik oleh kakitangan Air Asia, rasanya syarikat penerbangan tambang murah ini perlu menegur kakitangannya agar lebih sensitif jika mahu berkongsi pendapat dengan umum terutama apabila membabitkan isu nasional seperti ini

3 comments:

  1. aku rase admin yg bangang,btol lah tu dye nak marah,dah update dari kerajaan sndiri terkontang-kanting,bersimpang siur,kejap teori nieh,kejap teori tuh,there's not a concrete stand at all by the government statement along where the case had been handled.kejap ckap mcm nie,kejap mcm tu,mane satu yg btol?tu psal la orang duk marah ckap kerajaan nih sembang,haihh,

    ReplyDelete
  2. Tidak salah bagi dia luahkan apa yg dia fikir. Apa yg dikatakan itu fakta belaka. Kerajaan Malaysia buat andaian terlalu awal. Bukti bukti konkrit pun tidak ada atau tak pasti sehingga kini. Sudah tentu famili mangsa terasa marah sangat. Get the facts. Show the evidence upon yr decision made. They need to know. Like a prisoner.. u cant prove him or her wrong selagi bukti yg kukuh diperolehi.

    ReplyDelete
  3. http://www.moneyclub2u.com/TASHA09

    ReplyDelete