Lagi Lelaki Hina Keluarga Penumpang MH370
Lagi Lelaki Hina Keluarga Penumpang MH370 | PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman semalam berkenaan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 jelas menunjukkan riak sedih atas petunjuk baru yang diperolehi dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu.
Ia jelas menggambarkan perasaan sedih beliau apabila mengetahui kemungkinan yang bakal diketahui oleh ahli keluarga kepada 227 orang penumpang di dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Beijing ketika kejadian pada 8 Mac lepas.
Dalam kenyataan semalam, Najib mengumumkan hasil analisis satelit pesawat MH370 disahkan telah mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak berhati perut jelas tidak mempedulikan emosi ahli keluarga para penumpang yang ketika ini sedang bersedih di atas apa yang telah menimpa orang yang disayangi.
Seorang lelaki mendakwa kejadian yang melibatkan pesawat MH370 adalah satu drama yang direka-reka kerajaan pimpinan Najib dan menuduh Perdana Menteri tidak mempedulikan nyawa kesemua yang berada dalam pesawat berkenaan.
Padahal, ketika dia bercakap sebegitu di laman sosial, sebahagian besar orang ramai yang membaca dan mempunyai pemikiran yang waras mencemuh tindakannya yang tiada langsung rasa sensitif.
Begitulah mental dan pemikiran para penyokong tegar Pakatan Rakyat yang telah di’didik’ oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan persepsi dalam apa juga konflik atau kejadian melibatkan kerajaan.
Hasilnya, lahirlah penyokong sebegini rupa yang membuat kenyataan sesuka hati di laman sosial biarpun kejadian yang berlaku melibatkan ratusan nyawa manusia serta ramai ahli keluarga yang bersedih.
Malam tadi, selepas 17 hari berlalu barulah pihak berkuasa dan para penyiasat diberikan petunjuk baru tentang lokasi terakhir sebenar pesawat berkenaan yang disahkan berada di Lautan Hindi
0 comments:
Post a Comment