Sejadah unik, bercahaya ketika menghadap kiblat



Jika anda sedang berrcuti, terutama bercuti ke luar negara, tentunya anda tidak dapat mengetahui dengan pasti arah kiblat untuk solat tanpa bantuan alat lain seperti kompas. Namun kini ditemukan sebuah teknologi yang memberi penyelesaian terhadap masalah itu. Teknologi itu adalah sebuah sejadah yang bercahaya ketika menghadap kiblat.Sejadah yang diberi nama El Sajjadah ini merupakan penemuan dari seorang inventor berasal dari Turki bernama Soner Ozenc. Kini dia tinggal di London.Sayangnya, hingga saat ini El Sajaddah belum dapat dipasarkan kerana kekurangan dana. Paling tidak, projek ini memerlukan dana sebesar $100 ribu untuk dipasarkan dan Ozenc kini sedang berusaha mengumpulkan dana melalui laman Kickstarter.com.Ozenc berkata bahawa selama ini tidak ada keluhan mengenai sejadah ini.

Hanya cahayanya terlalu terang dan boleh mengganggu kusyuk ketika sedang solat. Namun masalah ini dapat diselesaikan hanya dengan menekan tombol “off” yang berada di sisi sejadah tersebut.Nama El Sajjadah berasal dari gabungan kata EL (Electro Luminescent) dan Sejadah. Untuk dapat memancarkan cahaya, sejadah ini ditanamkan semacam komputer kecil dan kompas digital sehingga ketika menghadap kiblat, sejadah ini akan bercahaya di bahagian pattern (pola/motif) yang ada pada sejadah itu.

0 comments:

Post a Comment