Turutan Gambar Detik Cemas Pemuda Dihanyut Banjir di Terengganu
DIBAWA ARUS… Turutan gambar
detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang
motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika
melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke
tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di
kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus
deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan
berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad
semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini
berbanding 1,301 malam tadi.
– Bernama
Sumber
0 comments:
Post a Comment