Sekolah Untuk Menjadi Nabi Di Israel (4 Gambar)
Di Israel, terdapat institusi pengajian di
mana lulusannya bakal mendapat gelaran 'nabi'. Sekolah bernama 'Cain and Abel
School for Prophet' itu menawarkan biasiswa sebanyak 200 shekel bagi sesiapa
yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan
gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat. Sekolah
tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah
itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas
dengan hanya memakai baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran,
bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang
tak segan keluar dari kelas untuk merokok. Di sekolah ini, para siswa akan
belajar tentang maksud mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus.
Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku
luaran dan penampilan. Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya,
Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya,
sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku
tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya
boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan. Hapartzy menjelaskan kurikulum
yang digunakan di sekolah tersebut mengikuti sifat-sifat seorang nabi.
Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan,
mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi. Di masa lalu terdapat golongan
nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita
hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dilapor
oleh AP. Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv.
Pusat keagamaan itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan
berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari
yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.
0 comments:
Post a Comment