Misteri Bayi Hilang Dalam Kandungan


Hari ini, terlihat di akhbar mengenai "Misteri Bayi Hilang Dalam Kandungan". Sebenarnya kes seperti ini sudah banyak terjadi. Mesti ramai yang mempercayai dan mungkin yang mengatakan karut atau mustahil boleh hilang, bahkan lagi doktor juga masih mencari misteri jawapan ke manakah bayi itu hilang melalui sudut kedoktoran. Menurut cerita-cerita orang lama, ada juga yang mengatakan anak mereka diambil oleh jin @ bunian, Ternyata tiada yang pelik pada Allah SWT, Dia mampu melakukan apa saja yang pastinya mesti ada jawapanNya.

Persoalannya perut yang dikandungkan mengempis tanpa sebab menjadi rata dan seperti tidak pernah mengandung. Lalu kemanakah hilangnya janin tersebut???.

Soalan seperti ini pasti akan muncul dalam benak fikiran kita kejadian misteri ini. Berbeza jawapan doktor dengan jawapan dari ahli perawat perubatan rohaniah. Namun yang pasti bahawa kejadian seperti ini terjadi di seluruh dunia. Mungkin doktor menyebutkannya kehamilan maya atau dengan berbagai istilah. Namun perasaan seorang ibu ketika hamil dan proses pembesaran kandungan di dalam perut tidak boleh dinafikan. Bahawa janin akan membesar sehingga terbentuk menjadi bayi.

Memang sukar untuk difikirkan dengan logik kemanakah perginya bayi tersebut, Namun kita sebagai manusia tidak boleh menafikan bahawa banyak sangat kejadian yang tidak masuk akal yang terjadi. Semuanya adalah kebesaran Allah SWT. Hanya Dia yang mengetahui dengan pasti sebagaimana sifatNya.

Ada seorang perawat perubatan rohaniah menggambarkan kejadian hilangnya janin yang dalam kandungan sebagai mimpi pada ibu bayi tersebut, ada juga orang-orang tua bayi tersebut diambil oleh orang bunian. Dan ada juga ilmu hitam yang digunakan untuk menyedut atau menghisap janin yang masih dalam kandungan kerana dapat menguatkan ilmu pengamal ilmu hitam dengan menyuruh makhluk belaannya memakannya. Dengan bantu jin, hal itu boleh diterjadi. Oleh itu tidak aneh jika seseorang yang tengah hamil tiba-tiba kempis dan bayi hilang dalam kandungannya. Maka kita harus selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Membaca suruh-surah serta doa agar bayi lahir selamat. Memohon semoga terhindar serta berserah segalanya pada Allah SWT.



P/S : Kisah bayi hilang ketika masih dalam kandungan adalah urusan Allah. Inilah yang dikatakan sebagai Qada dan Qadar yang wajib kita imani. Sesungguhnya Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita hilang. Doalah, insyaAllah akan dikabulkan kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.



Sumber

0 comments:

Post a Comment