Akad Nikah Paling Pantas Bak Peluru (VIDEO)
Berlatihlah 100 kali pun, bila sudah berjabat tangan dengan tok kadi, segala ayat yang sudah dihafal itu berterabur entah ke mana.
Video sensasi yang bakal anda saksikan ini mampu membuatkan anda tercengang seketika.
Apa tidaknya, pengantin lelaki mengucapkan lafaz nikahnya dengan kepantasan yang cukup maksima dan lantang sekali.
Lebih melucukan, wajahnya kelihatan tegang dan cuak sebelum tok kadi dan saksi mengesahkan lafaznya itu.
Hanya selepas itu barulah dia tersenyum sambil menoleh berkali-kali isterinya yang sudah tersipu-sipu di belakang.
Hai, jangan gelojoh sangat ya cik abang!
Saksikan VIDEO di bawah ini
0 comments:
Post a Comment