Sharnaaz Ahmad Ada Hubungan Dengan Uqasha Senrose?



Dan, secara tiba tiba nama Sharnaaz Ahmad dikaitkan sekali lagi dengan kontroversi dan kali ini dengan kisah yang menjadi perhatian ramai hari ini. Pelakon ini dikatakan menjalin hubungan cinta lokasi dengan Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang.

BACA: Putus Tunang Sebab Uqasha ‘Kantoi’ Curang?

Melalui Utusan Malaysia hari ini, Sharnaaz Ahmad menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi punca keretakan hubungan antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose selain tidak tahu menahu tentang perkara ini sehingga diberitahu.

“Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada,” ujarnya.

Mengakui penat melayan kontroversi yang sering melanda dirinya, Sharnaaz Ahmad berkata beliau perlu berjumpa dengan Pekin Ibrahim terlebih dahulu untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku sebelum memberikan sebarang komen lanjut.

“Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya,” tambahnya lagi yang menganggap Uqasha Senrose hanya rakan.



Sumber

0 comments:

Post a Comment